Pelajar cemerlang STPM tekad ubah nasib keluarga



PASIR PUTEH 20 Mac - Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012, Ariza Mohd. Asri, 20, menganggap kejayaannya mendapat 5A dalam peperiksaan itu sebagai hadiah istimewa buat keluarganya.

Ariza yang merupakan antara pelajar cemerlang STPM 2012 peringkat kebangsaan yang diumumkan semalam memberitahu, kejayaan itu adalah hadiah kepada bapanya, Mohd. Asri Awang, 57, yang sentiasa berusaha mencari rezeki menampung persekolahannya dan adik-beradik lain.

Ariza yang ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Pak Esah, dekat sini hari ini, berkata, pengorbanan ibu, Zariah Yusoff, 42, dan ayahnya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Pak Esah di sini, menyediakan segala keperluan persekolahannya dan adik-beradik lain adalah terlalu besar.

"Kecekalan semangat ayah dan ibu adalah pembakar semangat saya untuk berjaya dan setanding rakan-rakan daripada keluarga yang lebih berada," katanya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, dekat sini.




Kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan 

Menurut Azira, kejayaannya juga merupakan bukti kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik sebaliknya bergantung kepada daya usaha dan kegigihan seseorang.

"Disebabkan kemiskinan, saya tidak mampu mengikuti tuisyen seperti rakan yang lebih berkemampuan. Saya hanya memberi tumpuan kepada kelas tambahan percuma anjuran guru di sekolah yang terbukti banyak membantu kecemerlangan saya.

"Saya tidak sabar melanjutkan pengajian ke universiti dan bekerja selepas menamatkan pengajian kerana sudah lama bertekad membebaskan keluarga daripada belenggu kemiskinan," katanya.

Kejayaan Azira dikongsi ibu dan ayahnya yang turut menemani menerima Anugerah Cemerlang STPM 2012 berupa cek bernilai RM1,000, plak dan sijil di Kuala Lumpur semalam.

Dari utusan.com.my






( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )



0 comments:

About

Selepas menghadiri Seminar ini , adakah saya akan dibimbing jika memerlukan bantuan?
Ya, anda akan dibantu. Kami tidak bercadang meninggalkan anda sendirian di alam universiti selepas Seminar tanpa bimbingan dan sokongan yang sepatutnya. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, kami telah menubuhkan laman web Bantuan & Bimbingan 1 Tahun yang akan membantu anda semasa di universiti nanti Peserta Seminar Selangkah Ke Universiti akan mendapat bantuan sekiranya terdapat apa jua soalan berkaitan dengan Universiti , IT ,BI & MUET
"Seminar Selangkah Ke Universiti 1 hari sahaja, tetapi juga termasuk bantuan dan bimbingan kepada anda di universiti selama 365 hari untuk menjadi seorang yang berdikari,berdisiplin & menyelesaikan masalah anda di universiti !"
Ajukan apa jua soalan anda berkaitan Universiti , IT ,BI & MUET dan pihak biit  akan menjawab segala kemusykilan anda. Perkhidmatan ini akan membantu dan membimbing anda menjadi mahasiswa yang berjaya.

Best Student STPM

Blogroll