Tiada guru : Pelajar tingkatan 6 terabai



ISU penempatan guru yang mengajar di tingkatan enam terus menjadi polemik.

Isu ini tiada kesudahannya. Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa pembelajaran pelajar di tingkatan enam sama dengan pelajar di arus perdana.

Tanggapan ini salah sama sekali. Sukatan dan masa pengajaran dan pembelajaran tingkatan enam sekarang telah mengguna pakai sistem penggal.Pelajar perlu menyiapkan PBS dan dalam masa yang sama mereka perlu mengikuti proses P&P di kelas dengan bimbingan guru.

Masalah akan timbul jika guru yang mengajar kelas tingkatan enam bertukar, berhenti atau pencen. Yang menjadi mangsa ialah pelajar yang terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran mengikut penggal yang diperuntukkan kepada mereka.



Isu perpindahan dan penggantian guru

Isu perpindahan dan penggantian guru akademik kelas tingkatan enam yang bertukar dan berhenti seperti dipandang remeh oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Tempat guru yang bertukar memerlukan masa yang lama untuk diganti sedangkan pelajar terpaksa menyiapkan PBS dan tugasan yang wajib sebelum penggal berakhir.Bayangkan untuk penggal kedua, masa yang diperuntukkan adalah dari Januari hingga Mei.

Guru yang bertukar pada awal penggal belum berganti sedangkan penggal dua hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi.

Masa yang ada belum lagi ditolak untuk PBS yang akan berakhir awal Mei dan peperiksaan bertulis STPM untuk penggal dua adalah pada 20 hingga 23 Mei 2013.




Akan menghakis minat pelajar

Saya ingin mengajukan soalan kepada pihak berkenaan sama ada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Kementerian Pelajaran:

i) Adakah guru yang mengajar arus perdana tidak dibenarkan mengajar tingkatan enam kerana tiada surat pelantikan guru akademik tingkatan enam?

ii) Berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk menggantikan seorang guru tingkatan enam yang bertukar dan pihak manakah yang wajib menguruskan penempatan guru baharu tersebut, pihak JPN atau kementerian?

iii) Bilakah sistem berpusat untuk menempatkan pelajar tingkatan enam di sesebuah sekolah akan bermula sedangkan hal ini telah dicanangkan sejak beberapa tahun lepas oleh kementerian?

Saya sebagai seorang pendidik dan seorang ibu kepada pelajar, berasa terpanggil untuk menyuarakan hal ini. Masalah ini juga sedikit sebanyak akan menghakis minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.

Saya amat berharap agar isu ini dapat ditangani segera kerana ketiadaan guru akan menyebabkan kesulitan kepada semua pihak, sama ada di pihak pelajar, sekolah, JPN dan seterusnya nama baik kementerian.

Dari utusan .com.my




( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )



0 comments:

About

Selepas menghadiri Seminar ini , adakah saya akan dibimbing jika memerlukan bantuan?
Ya, anda akan dibantu. Kami tidak bercadang meninggalkan anda sendirian di alam universiti selepas Seminar tanpa bimbingan dan sokongan yang sepatutnya. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, kami telah menubuhkan laman web Bantuan & Bimbingan 1 Tahun yang akan membantu anda semasa di universiti nanti Peserta Seminar Selangkah Ke Universiti akan mendapat bantuan sekiranya terdapat apa jua soalan berkaitan dengan Universiti , IT ,BI & MUET
"Seminar Selangkah Ke Universiti 1 hari sahaja, tetapi juga termasuk bantuan dan bimbingan kepada anda di universiti selama 365 hari untuk menjadi seorang yang berdikari,berdisiplin & menyelesaikan masalah anda di universiti !"
Ajukan apa jua soalan anda berkaitan Universiti , IT ,BI & MUET dan pihak biit  akan menjawab segala kemusykilan anda. Perkhidmatan ini akan membantu dan membimbing anda menjadi mahasiswa yang berjaya.

Best Student STPM

Blogroll