Majalah Pra Universiti Edisi 6



Majalah Pra Universiti bejaya dilancarkan pada  April 2014 ini mendedahkan teknik kecermerlangan untuk cemerlang di tingkatan 6. Edisi kali ini telah memuatkan lebih banyak perkembangan , berita & teknik belajar khas untuk pembaca Majalah Pra Universiti.

Berita dan aktiviti  yang dijalankan oleh sekolah tingkatan 6 di Malaysia serta kerajaan juga disertakan dalam Majalah Pra Universiti Edisi 6 . 










Majalah Online



Majalah Pra Universiti dilancarkan  pada bulan oktober  2013 yang akan berkongsi info tentang kelebihan tingkatan 6.Edisi kali ini memuatkan lebih banyak berita & teknik belajar khas untuk pembaca Majalah Pra Universiti.

Pelbagai berita & program dikongsikan dalam Majalah Pra Universiti Edisi 5 & yang paling utama , anda akan mengetahui banyak kelebihan memasuki tingkatan 6  berbanding Diploma , Politeknik , Matrikulasi & Asasi. 


Download Sekarang











Download Majalah Pra Universiti




Majalah Pra Universiti Edisi 4

Majalah Pra Universiti berjaya dilancarkan pada bulan Dicember 2012 yang akan berkongsi info tentang pembaharuan yang .....

Baca selanjutnya di http://goo.gl/8kfwk3


Majalah Pra Universiti Edisi 3

Di bulan Mei ini , Majalah Pra Universiti akan membakar semangat pelajar-pelajar tingkatan 6 dengan kisah kejayaan  & kecermerlangan pelajar ......

Baca selanjutnya di http://goo.gl/dE3nZ


Majalah Pra Universiti Edisi 2


Majalah Pra Universiti akan berkongsi info tentang sistem modular  yang bakal dilaksanakan di tingkatan 6.Sistem ini akan mengubah pembelajaran pelajar prauniversiti setanding de ....

Baca  selanjutnya di http://goo.gl/41RcN


Majalah Pra Universiti Edisi 1

Majalah Pra Universiti akan memberikan info memorial tingkatan 6 pada tahun 2011.Sebagai kenangan kepada bekas pelajar tingkatan 6 tahun lepas .Bersama.....

Baca selanjutnya di  http://goo.gl/M6g3X




Pelajar Tingkatan 6 Maut Rempuh Kereta Guru



SEREMBAN 25 Feb. - Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang guru di Jalan Seremban-Tampin dekat kuari Eng Lian, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 7.20 pagi itu, N. Thinesh, 19, dari Ladang Perhentian Tinggi, Sungai Gadut dekat sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Menurut jurucakap polis, siasatan mendapati motosikal mangsa jenis Modenas gagal dikawal lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

Katanya, kereta dipandu seorang guru wanita dari arah Seremban itu kemudian terbabas dan melanggar sebuah lagi motosikal lain dari arah Rembau.

"Pelajar berkenaan maut di lokasi kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal yang berusia 55 tahun cedera parah," katanya di sini hari ini.

Tambah jurucakap polis berkenaan, mayat Thinesh dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk dibedah siasat manakala mangsa yang parah dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Sumber : Utusan




( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )



Ceramah Motivasi Pelajar Tingkatan 6



9 Oktober 2013, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 6 SMK Datuk Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA), Kuala Klawang, Jelebu. Program ceramah ini berlangsung mulai jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah diminta menyampaikan ceramah bertajuk "Pengurusan Masa".

Di Bawah merupakan antara gambar-gambar Ceramah Motivasi Pelajar







Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Sumber : website alumnidebatmalaysia




( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )



Pelajar cemerlang STPM tekad ubah nasib keluarga



PASIR PUTEH 20 Mac - Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012, Ariza Mohd. Asri, 20, menganggap kejayaannya mendapat 5A dalam peperiksaan itu sebagai hadiah istimewa buat keluarganya.

Ariza yang merupakan antara pelajar cemerlang STPM 2012 peringkat kebangsaan yang diumumkan semalam memberitahu, kejayaan itu adalah hadiah kepada bapanya, Mohd. Asri Awang, 57, yang sentiasa berusaha mencari rezeki menampung persekolahannya dan adik-beradik lain.

Ariza yang ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Pak Esah, dekat sini hari ini, berkata, pengorbanan ibu, Zariah Yusoff, 42, dan ayahnya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Pak Esah di sini, menyediakan segala keperluan persekolahannya dan adik-beradik lain adalah terlalu besar.

"Kecekalan semangat ayah dan ibu adalah pembakar semangat saya untuk berjaya dan setanding rakan-rakan daripada keluarga yang lebih berada," katanya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, dekat sini.




Kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan 

Menurut Azira, kejayaannya juga merupakan bukti kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik sebaliknya bergantung kepada daya usaha dan kegigihan seseorang.

"Disebabkan kemiskinan, saya tidak mampu mengikuti tuisyen seperti rakan yang lebih berkemampuan. Saya hanya memberi tumpuan kepada kelas tambahan percuma anjuran guru di sekolah yang terbukti banyak membantu kecemerlangan saya.

"Saya tidak sabar melanjutkan pengajian ke universiti dan bekerja selepas menamatkan pengajian kerana sudah lama bertekad membebaskan keluarga daripada belenggu kemiskinan," katanya.

Kejayaan Azira dikongsi ibu dan ayahnya yang turut menemani menerima Anugerah Cemerlang STPM 2012 berupa cek bernilai RM1,000, plak dan sijil di Kuala Lumpur semalam.

Dari utusan.com.my






( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )



Tiada guru : Pelajar tingkatan 6 terabai



ISU penempatan guru yang mengajar di tingkatan enam terus menjadi polemik.

Isu ini tiada kesudahannya. Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa pembelajaran pelajar di tingkatan enam sama dengan pelajar di arus perdana.

Tanggapan ini salah sama sekali. Sukatan dan masa pengajaran dan pembelajaran tingkatan enam sekarang telah mengguna pakai sistem penggal.Pelajar perlu menyiapkan PBS dan dalam masa yang sama mereka perlu mengikuti proses P&P di kelas dengan bimbingan guru.

Masalah akan timbul jika guru yang mengajar kelas tingkatan enam bertukar, berhenti atau pencen. Yang menjadi mangsa ialah pelajar yang terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran mengikut penggal yang diperuntukkan kepada mereka.



Isu perpindahan dan penggantian guru

Isu perpindahan dan penggantian guru akademik kelas tingkatan enam yang bertukar dan berhenti seperti dipandang remeh oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Tempat guru yang bertukar memerlukan masa yang lama untuk diganti sedangkan pelajar terpaksa menyiapkan PBS dan tugasan yang wajib sebelum penggal berakhir.Bayangkan untuk penggal kedua, masa yang diperuntukkan adalah dari Januari hingga Mei.

Guru yang bertukar pada awal penggal belum berganti sedangkan penggal dua hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi.

Masa yang ada belum lagi ditolak untuk PBS yang akan berakhir awal Mei dan peperiksaan bertulis STPM untuk penggal dua adalah pada 20 hingga 23 Mei 2013.




Akan menghakis minat pelajar

Saya ingin mengajukan soalan kepada pihak berkenaan sama ada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Kementerian Pelajaran:

i) Adakah guru yang mengajar arus perdana tidak dibenarkan mengajar tingkatan enam kerana tiada surat pelantikan guru akademik tingkatan enam?

ii) Berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk menggantikan seorang guru tingkatan enam yang bertukar dan pihak manakah yang wajib menguruskan penempatan guru baharu tersebut, pihak JPN atau kementerian?

iii) Bilakah sistem berpusat untuk menempatkan pelajar tingkatan enam di sesebuah sekolah akan bermula sedangkan hal ini telah dicanangkan sejak beberapa tahun lepas oleh kementerian?

Saya sebagai seorang pendidik dan seorang ibu kepada pelajar, berasa terpanggil untuk menyuarakan hal ini. Masalah ini juga sedikit sebanyak akan menghakis minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.

Saya amat berharap agar isu ini dapat ditangani segera kerana ketiadaan guru akan menyebabkan kesulitan kepada semua pihak, sama ada di pihak pelajar, sekolah, JPN dan seterusnya nama baik kementerian.

Dari utusan .com.my




( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )



About

Selepas menghadiri Seminar ini , adakah saya akan dibimbing jika memerlukan bantuan?
Ya, anda akan dibantu. Kami tidak bercadang meninggalkan anda sendirian di alam universiti selepas Seminar tanpa bimbingan dan sokongan yang sepatutnya. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, kami telah menubuhkan laman web Bantuan & Bimbingan 1 Tahun yang akan membantu anda semasa di universiti nanti Peserta Seminar Selangkah Ke Universiti akan mendapat bantuan sekiranya terdapat apa jua soalan berkaitan dengan Universiti , IT ,BI & MUET
"Seminar Selangkah Ke Universiti 1 hari sahaja, tetapi juga termasuk bantuan dan bimbingan kepada anda di universiti selama 365 hari untuk menjadi seorang yang berdikari,berdisiplin & menyelesaikan masalah anda di universiti !"
Ajukan apa jua soalan anda berkaitan Universiti , IT ,BI & MUET dan pihak biit  akan menjawab segala kemusykilan anda. Perkhidmatan ini akan membantu dan membimbing anda menjadi mahasiswa yang berjaya.

Best Student STPM

Blogroll